 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Tudung Bawal CTRedzuan
By: Tudung Bawal dan Batik dr kelantan
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 22-Sep-2008 22:27 |
Email | Share | Bookmark |
|
tudung bawal lebih menduduki carta berbanding tudung2 lain~!!
|
|
Tudung siri telenovela jadi pilihan ramai
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Jamilah Mohd. Akib (kiri) melayan seorang pembeli, Nor Sahadah Ibrahim di gerainya di Plaza Angsana, Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 11 Sept. - Populariti drama bersiri Ezora, Manjalara dan Bella memberi idea kepada pembekal tudung untuk menggunakan judul drama tersebut pada label produk mereka bagi melariskannya.
Tudung yang kebanyakannya diambil dari Kelantan itu kini menjadi pilihan pengguna untuk digayakan sempena sambutan 1 Syawal.
Seorang peniaga, Jamilah Mohd. Akib, 26, berkata, tudung dengan nama sempena tajuk drama kebanyakannya dihiasi batu kaca.
"Batu kaca ada pelbagai gred dan sebab itu harganya berbeza-beza. Selalunya tudung yang banyak batu kaca menjadi pilihan wanita dewasa.
"Remaja bertudung pula gemar tudung yang tidak banyak hiasan batu kaca dan warna kesukaan mereka pun hitam atau putih sahaja," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, semakin banyak hiasan batu kaca di tudung, harganya lebih mahal berbanding tudung biasa dan ada tudung yang dijual dengan harga RM200 atau lebih sehelai.
Katanya, tudung yang dibeli boleh dipakai setiap masa kerana fesyen tudung tidak bermusim.
Bagaimanapun setiap kali perayaan, ada sahaja nama baru yang diberikan kepada tudung tertentu sebagai strategi pemasaran.
================================================
Tudung tahi ulat kembali diminati
Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI
JAHITAN tahi ulat, jahitan tradisi nenek moyang yang semakin dilupai, kembali dengan corak kontemporari.
Tudung kini bukan sekadar sehelai kain kosong yang menutupi kepala tetapi telah dipermodenkan dengan hiasan seperti sulaman, labuci, manik atau aksesori yang boleh mencantikkan fabrik tersebut.
Fabrik yang menjadi pilihan terdiri daripada yang lembut, bermutu tinggi dan sesuai dipakai dalam cuaca Khatulistiwa. Fabrik seperti sifon, kapas dan sutera lebih diminati oleh wanita di negara ini.
Sempena Aidilfitri ini, sudah tentu ramai yang mencari-cari tudung bagi disuaipadan dengan pakaian tradisi atau kasual yang ingin digayakan pada hari lebaran itu.
Lamees Couture yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail turut menawarkan pelbagai koleksi tudung daripada kain bawal gred A pelbagai warna dan corak yang elegan lagi bermutu.
Tudung-tudung berkenaan merupakan hasil kerja halus pekerja-pekerja syarikat itu yang beroperasi di Kelantan.
Dengan mengetengahkan corak sulaman goyang yang halus dan jahitan tahi ulat yang merupakan jahitan tradisi nenek moyang, tudung Lamees Couture kelihatan begitu berlainan dan unik.
Corak bunga-bunga kecil berwarna pastel daripada jahitan tahi ulat menjadikan pemakainya kelihatan begitu manis sekali.
Begitu juga dengan sulaman goyang berbunga penuh, menampilkan gaya mewah lagi berprestij dan kelihatan berlainan daripada yang terdapat di pasaran.
Penggunaan batu-batu swarovski dalam menaikkan kemeriahan sulaman dan jahitan tudung Lamees Couture sememangnya menyediakan penampilan yang mewah untuk pemakainya.
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|