Tudung Bawal CTRedzuan

By: Tudung Bawal terbesar online dr Kelantan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Thursday, 19-Jul-2007 08:51 Email | Share | | Bookmark
sedikit keterangan

tudung yg ade stok sepanjang masa,
bgtau saje nak warna apa, casing ape,
wokeis~!!!












ada yg keliru dengan jualan tudung
oktant single lurus RM38, single ombak RM45 dan double ombak RM73 begitu dengan double lurus RM67 yang mana semua ni adalah di jahit berlian sahaja, tanpa sulam di tepi tudung. ingin ct nyatakan bahawa berlian yg di gunakan adalah berlian oktant original dr kristal swarovski, terjamin dan boleh return sekiranya was2 dan jaminan kilauan utk semua jenis di atas ini akan maintain berkilau sehingga 7 tahun sekalipun....!!

jelas kat sini kenapa sehelai ct jual yg lurus tu RM38 mahal dari kedai yg biasa anda tengok atau tawar menawar, nak tahu kenapa? kerana yg ct gunakan adalah berlian oktant original bukan berlian yg di tulis oktant sahaja atau pun berlian gred A atau AA atau AAA yg rata2 senang anda jumpa. siapa yg pernah beli single lurus mahupun ombak single atau double akan tahu apa yg ct maksudkan, dan mereka akan tahu menilai mana yg lebih kualiti atau mana yg lebih power kilauan berlian oktant original ni.


kiranya kat bawah ni sedikit sebanyak penerangan perbezaan antara oktant dengan berlian lain2:



penerangan kedua bersabit pula yg ingin di jelaskan adalah:

SEKIRANYA ANDA TENGOK KAT KEDAI BOLEH JUAL ATAU TAWAR SEHINGGA RM28 SEHELAI, CT JAMIN DAN CHOP JARI ITU BUKAN OKTANT ORG DAN ITU ADALAH BERLIAN GRED A @ BERLIAN YG MEMANG BUKAN OKTANT, MEMANG DIA TETAP BERKILAU, TAPI DIA BUKAN KRISTAL OKTANT YG MACAM SAYA JUAL. KALAU BETUL DAPAT TAWAR OKTANT DI TEMPAT ANDA RM28, SUGGEST KAN KAT CT TEMPAT TU, CT PUN NAK BELI JUGAK SBB BAGI CT, RM28 UTK OKTANT ORI BAGI SINGLE LURUS TU AMATLAHHHH MURAH NYA!!! TOLONG BGTAU KAT CT, CT PUN NAK BELI SAMA KAT MANA YG TAWARKAN RM28 SEHELAI BAGI YG CT JUAL RM38 TU YEA.......

KERANA ALLAH CT BGTAU, MODAL OKTANT ORI SINGLE LURUS NI PUN CT TAK DAPAT DENGAN RM28.

penjelasan seterusnya:

sesetengah tudung ombak berlian di tepi yg berkerawang dan sulam ct jual ni oktant dia tak sama dengan oktant yg di gunakan pada single lurus, ombak, single ombak, double ombak kat atas tu, memang ct tulis oktant, tapi oktant ni tak setaraf dengan mereka yakni oktant yg di gunakan rendah sikit kualiti nya berbanding dengan oktant original swarovski, tapi yg nyata tetap oktant tau, bukan nak kelentong , tapi sbb oktant yg di gunakan utk sulam dan kerawang ni adalah jahit siap supplier yg bekalkan, cuma saya di bekalkan info tepat sahaja. kalau sehelai tudung anda tengok kat mana2 yg bersulam bak kerawang dijual cuma RM55 ke, RM57 ke, yg tu bukan oktant original swarovski, itu cuma lah oktant , kalau oktant di jahit bersama sulam kerawang, tudung tu sah2 berharga RM150 atas sehelai.


tepuk dada tanya selera, tepuk poket tanya jiwa, tepuk hati tanya ikhlas berniaga......


Thursday, 12-Jul-2007 05:27 Email | Share | | Bookmark
senarai minggu ini yg telah habis

SENARAI YG DAH HABIS
SIARAN UTK RUJUKAN SAHAJER:

















































2ND BATCHED:












1ST BATCHED:








Tuesday, 10-Jul-2007 23:50 Email | Share | | Bookmark
kain2 baru~!!

edited


Sunday, 8-Jul-2007 09:41 Email | Share | | Bookmark
sedikit nota kaki

update 10 july 2007

assalamualaikum,
maaf kawan2 semer, dah 2 hari takde barang baru dan harini jam ni baru ada kesempatan ct online, sbb ape? sbb packing barang ndividu dan borong, ya ampuuuunnnnn... start jam 12.30 malam semalam, stop jam 4 pagi sbb suami tgk boxing, kendian sambung lagi packing dr jam 10 pagi - 4.15 petang.maaf banyak2 pada yg call tak sempat jawap, sms lewat berjawap,memang bz giler harini. 42 parcels telah siap di poslaju 2 peringkat, termasuk utk brunei dan spore. alhamdulillah, maaf pada sesetengah pemborong barang anda lewat di packing. tenaga kerja 2 org je, pekerja coti, adehh...
:shock:




assalamualaikum kawan2 yg di hormati dan pelanggan yg budiman..
kat sini ct ade beberapa perkara nak di note kan sikit ye, sbb kekadang banyak persoalan dan banyak kesimpulan yg bermain dalam fikiran atau sms kekawan/pelanggan sekalian.dan kat sini ct nak tekan beberapa rules ye:



maaf harini ct sesangat bz uruskan jualan borong, pening2... haiya..maaf ya sekiranya ada yg tercicir ct hantarkan, nanti ct akan hantarkan gantian anda secepat kilats.bagi pemborong2 sekiranya anda telah membuat bayaran ct minta tolong sesangat utk ulang balik order borong anda dengan pm @ email,kalau sms memang tercicir, sbb dalam inbox ni dah dekat 700 sms dah, kekadang terbabas repeat order sms anda di belakang, seeloknya sms atau email ya sbb list order tu ct akan bagi kat pekerja utk packing barang ni.


stok bagi RM35 ada 70 helai lagi dalam tangan, ct buka offer utk pemborong dulu ya, sekiranya telah siap pemborong ambil, ct akan buka stok baru, bukan stok lebihan tadi utk pembeli individu. dan utk pembeli individu yg telah buat senyal lebih dr 5 hari, ct minta maaf banyak2, tudung akan ct akan release utk jualan org lain.


ct memang jual utk individu hatta walau sehelai, jangan runsing, anda order sehelai pun ct layaaaaannnnn.. bukan borong saja yek. dan syarat2 utk mendapat kan harga borong minima belian kena 10 helai, boleh campur2 dengan banyak2 jenis. katakan ada 10 jenis / harga yg di paparkan, kalau nak ambik sehelai sejenis pun boleh. dan bagi yg bebetul serius nak buat jualan sendiri, iaitu berhasrat utk dapatkan harga lebih rendah, anda boleh request utk harga sekodi, kalau harga kodi ni syarat nya kena ambik 20 helai yg sama jenis, sama harga, tapi warna boleh pilih.katalah anda nak RM35 sekodi kan, ct siarkan dalam 100 helai kan, maka anda boleh pilih sendiri sekodi 20 helai tu nk yg nombor berapa. ct tak paksa anda ambil yg mana2 atau mcm peniaga lain sekodi tu mereka tetapkan warna apa yg harus pelanggan ambil. ok, katakan anda nak sekodi contohnya dato' K senyum kan, tapi pada masa tu stok di tangan ct cuma ada 10 helai sahaja, anda boleh campur dengan jenis2 yg lain utk mendapatkan harga sekodi asalkan ambik 10 helai dato K senyum, dan 10 helai yg sama lain apa2 jenis sekalipun. maka anda akan dapat harga sekodi, jangan runsing, ct tak strict sangat mcm supplier besar, ct faham kehendak peniaga2 kecil sbb ct pun berasal dr peniaga sikit2 mcm kawan2 juga.

ok, utk mengetahui harga borong @ sekodi, kalau anda nak sms @ email ct, sila bgtau harga asal tudung tersebut, yakni harga yg tertera atas tajuk tudung yg di siarkan tu ye, contohnya kalau nak tahu harga borong dato k, bgtau nak tahu harga dato K yg berharga RM85. anda tak perlu tulis nama panjang2 ye. tapi ikhlas ct bgtau, ramai peniaga2 tudung sama mcm ct juga yg email menyamar tanyakan harga borong dan kodi ni, sbb mereka nak tengok market atau nak survey market kita sebenarnya,sbb tu ct akan tanya, " tudung manakah yg anda bebetul minat, dan ct akan bg harga yg diminta tapi harga sekodi kalau bebetul nak baru boleh bgtau " maaf banyak2 ye sbb harga rendah kaw2 giler akan di berikan tapi bagi yg bebetul serius sahaja.

bagi penghantaran, jangan runsing dengan penghantaran akan dibuat sekiranya anda melangsaikan payment sebelum jam 3 petang pada hari pembayaran .tetapi penghantaran tak di buat pada hari jumaat sbb jumaat cuti weekend di kelantan dan pada hari satu pertama dan sabtu kedua.setiap penghantaran akan di hantar dengan poslaju,biasanya penghantaran dalam semenanjung memakan cuma sehari sahaja, sekiranya poslaju petang jam 3.30 petang, esok akan sampai insyaAllah sebelum jam 12 tghari. kalau ke sabah sesetengah kawasan mcm kk dan tawau memakan masa cuma sehari saja, terpulang pada posmen tu rajin delivery ke tak,kalau anda nak ambil sendiri di pejabat pos boleh sms ct minta nombor resitnya ya. bagi semenanjung yg biasanya ada yg komplen penghantaran telah di buat tapi belum terima, anda harus ketahui kenapa, kebanyakkan terjadi kalau di opis sbb pihak atasan pegang dulu, atau receptionist tak bgtau yg mereka terima barang dr posmen, maka barang di perap dalam 3-4 sesetengah ofis. manakala sekiranya kat rumah tu, mungkin masa posmen datang anda tiada di rumah, posmen poslaju ni tak mcm pos biasa , sbb dia laju sesangat kot, dia akan panggil tuan rumah sekali dua je,teruss zaaasssss belahhhhh... sian ngan penerima kena pick up di pejabat pos.

BAGI YG ORDER BANYAK BARANG2 UTK JUALAN DLM KUANTITI BANYAK, BAGI YG PARCEL MEREKA BERAT DAN NAK JIMAT TAI PENGHANTARAN CEPAT CT BIASANYA BUAT DENGAN COURIER TRANS BAS EXPRESS TRANSNASIONAL, TAPI DALAM SEMENANJUNG SAJA YE. CAJ MEMANG MURAH TAPI KENA AMBIK DI KAUNTER STESEN TRANS, TAPI SETAKAT NI CT BUAT COURIER DENGAN BAS NI ALHAMDULILLAH OK , TAKDE KES KEHILANGAN .

utk tempoh booking, sila tengok part paling atas sekali, berapa hari yg di benarkan utk booking jualan ct ni, kalau nak booking lama2 tak boleh sesangat, bukan perasan laku jualan ct ni, tapi yelah, saya modal kecil je, kalau nak booking lama2 sbb ada sesetengah akan kensel pada hari ct minta pembayaran, jadi kekadang kalau stok yg di kensel tu takkan sama dengan stok yg akan mendatang dan org yg sama akan booking atau tukar booking, cukup2 tak di terima ya . cuba tengok kalau ct bgtau booking cuma 2 hari bermakna dalam masa 2 hari je boleh booking melainkan anda yg pernah berurusan dengan ct dan payment yg telus. kita bertimbangrasa sesama peniaga ya, ct tolong anda jual dengan harga berpatutan, anda bantu peniaga spt kami mencari rezeki. barulah sempurna urusan.

info lain, ct tiada kedai, ct cuma peniaga kecil2 an melalui internet sahaja tapi seandainya anda singgah ke kelantan, call lah ct, bukan datang utk berurus niaga sekalipun, datanglah singgah makan nasi ngan budu ke teratak kecil kami ye, ct terima tetamu dengan seada dan sekadar nye. ramai pelanggan dr luar kelantan singgah ke rumah kalau datang bercuti, anda pun jangan lah sesegan yek.kita bersahabat bukan sekadar rakan niaga tapi sepanjang masa sebagai saudara sesama Islam dan semoga ukhuwah tetap terjalin salam bila2, insyaAllah~!


LAIN2 AKAN DI UPDATE DARI MASA KE SEMASA


Friday, 6-Jul-2007 06:58 Email | Share | | Bookmark
telah habisssss

senarai yg telah habis dijual, utk rujukan sahaja:



















































[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net